Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali pada pembentangan bajet 2015 sempat berseloroh apabila beliau mengumumkan pemberian bonus sebanyak sebulan setengah kepada kakitangan awam di negeri itu.<br /><br />Bagaimanapun, katanya bonus setengah bulan sudahpun dibayar Julai lalu manakala bakinya sebanyak sebulan lagi akan dibuat pada 18 Disember ini, bagi membantu mereka membuat persiapan persekolahan anak-anak.
