Walaupun dilihat senada berdepan soalan pemberita berhubung isu sekitar syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar masing-masing tidak mahu mengulas sama ada perhimpunan agung Umno minggu depan patut membincangkan isu berkenaan.<br /><br />Bekas Perdana Menteri dan Menteri Belia dan Sukan itu sekadar membalas soalan wartawan dengan senyuman, tanpa sepatah kata dilontarkan.<br /><br />Mahathir sebelum sidang akhbar di program lumba berbasikal "Le Tour de Langkawi" di Yayasan Kepimpinan Perdana., sempat membantu Khairy memakai jersi yang disediakan penganjur.