Petisyen untuk memansuhkan Akta Hasutan yang diserahkan kepada Parlimen minggu lalu, ditolak oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana alasan teknikal.<br /><br />Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa ada di antara 3,005 pempetisyen tidak menurunkan tandatangan atau cap jari dalam petisyen itu.<br /><br />Beliau juga berkata bahawa isu sama ada akta itu perlu dimansuhkan sedang dalam pertimbangan pihak kerajaan dan petisyen seumpama itu hanya melibatkan isu yang "terlepas pandang" oleh kerajaan.