Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memaklumkan Dewan Rakyat bahawa majoriti ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai simpanan yang kecil kerana ia bergantung kepada upah gaji di negara ini.<br /><br />Menurutnya, walaupun kadar caruman KWSP di Malaysia adalah kelima tertinggi di dunia, iaitu pada 24 peratus, namun jumlah simpanan ahli tidak besar.