Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjangkakan satu pertemuan akan diadakan dengan pemimpin PAS pada minggu depan.<br /><br />Menurut Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, beliau berharap pada pertemuan itu segala salah faham termasuk dakwaan bahawa NGO itu lebih mesra dengan PKR dan DAP berbanding PAS dapat diselesaikan.
