Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini mengesahkan, pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei digantung sementara kerana gagal ujian dadah.<br />Menurut BWF, perkara itu diputuskan berdasarkan hasil analisis sample urin pemain tersebut yang diambil semasa Kejohanan Badminton Dunia BWF pada Ogos lalu<br />Perkara tersebut telah dirujuk kepada Jawatankuasa Panel Pendengaran BWF, dan pengerusi panel berkenaan akan menetapkan waktu, tarikh serta lokasi perbicaraan akan dijalankan.