Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam meminta pemimpin PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz untuk “mendidik” penduduk Kelantan untuk tidak menyeberang sempadan ke Thailand dan kemudian dijangkiti HIV.<br /><br />Nik Abduh pada forum Selasa lalu menndakwa kadar HIV dan Aids tinggi di Kelantan kerana kedudukan negeri itu yang dekat dengan Golok, di Thailand - yang mana dadah dan pelacur mudah ditemui.<br /><br />Berikutan itu, Subramaniam berkata, tindakan menyeberang sempadan adalah keputusan peribadi dan beliau menyarankan Nik Abduh supaya mendidik rakyat setempat tidak terjebak dalam aktiviti yang menjejaskan kesihatan.
