MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar audit ke atas sambutan Hari Belia yang menelan belanja RM93 juta dalam tempoh empat tahun ia diadakan didedah kepada umum.<br /><br />Menurut Mahfuz, jumlah tersebut meliputi belanja sebanyak RM16 juta pada tahun 2011 sehinggalah yang terakhir sebanyak RM30 juta pada tahun 2014.<br /><br />Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata dapatan audit ke atas program itu tidak perlu didedahk kerana kementerian berkenaan sudah mengambil langkah sewajarnya susulan audit itu.
