Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.<br /><br />Sehubungan dengan itu, Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus mengisytiharkan Seksyen 66 itu sebagai terbatal.<br /><br />Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.