Mengulas kenyataan pemimpin PKR yang berikrar untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dengan tuduhan Liwat II, penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata tidak patut ugutan seperti itu dibuat.<br /><br />Jurucakapnya, Mohamad Rashid Mokhtar berkata semua pihak termasuk penyokong Anwar perlu akur dengan apa juga keputusan yang bakal diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.