Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus hari ini memberi jaminan bahawa tiada kenaikan tarif elektrik dalam tempoh 12 bulan akan datang.<br /><br />Keputusan itu, katanya akan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos sebanyak RM1.683 bilion yang sebahagian besar diperolehi melalui rundingan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) baru yang akan menggantikan PPA generasi pertama.
