Pesawat pejuang Kanada yang menyertai kempen pengeboman ke atas militan diketuai Amerika Syarikat di Iraq, melancarkan serangan udara pertamanya semalam.<br /><br />Satu kenyataan daripada pejabat Menteri Pertahanan Kanada, Rob Nicholson, menyatakan dua jet pejuang menyerang sasaran di kawasan Fallujah dengan bom berpandukan laser dan kembali dengan selamatnya ke pangkalannya di Kuwait.
