Menjawan soalan Lim Guan Eng (DAP - Bagan), Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan tindakan kerajaan mengurangkan jumlah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah kerana jumlah permohonan yang semakin ramai.<br /><br />Bagaimanapun, katanya yang juga adalah menteri pelajaran, sebab utama adalah kegagalan sebilangan besar peminjam membayar balik menyebabkan tabungan sedia ada tidak dapat bertahan.
