Israel tidak berhasrat untuk menukar status quo kawasan suci di Baitulmaqdis, walaupun berhadapan tekanan daripada aktivis Yahudi berhaluan kanan, yang mahu tapak itu dijadikan milik mereka.<br /><br />Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu juga menggesa ahli parlimen negara itu supaya mengawal kemarahan berhubung isu perebutan Masjid Al-Aqsa yang menjadi punca ketegangan antara penduduk Palestin dan Yahudi sejak beberapa minggu lalu.