Selepas solat Maghrib bersama penyokongnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat berucap di luar Istana Kehakiman di Putrajaya pada hari ketujuh perbicaraan kes liwat II yang dihadapinya.<br /><br />Sambil menceritakan apa yang berlaku semasa perbicaraan hari ini, beliau juga memberi penghargaan kepada penyokongnya yang berhujan dan berpanas menemannya ke mahkamah.
