Walaupun pihak keselamatan Universiti Malaya cuba menggagalkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada berucap pada program "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara" di Dewan Tunku Canselor, namun ia tidak mematahkan semangat tidak kurang dua ribu mahasiswa untuk terus berhimpun.<br /><br />Keadaan bertukar tegang seketika apabila pelajar yang berang merempuh pagar bagi memaksa pengawal keselamatan membuka pintu masuk utama dari laluan sebelah Kuala Lumpur bagi membolehkan mereka berarak ke dalam kampus.
