Lebih 800 orang terbunuh di Kobane, sebuah bandar strategik di sempadan Syria-Turki yang menjadi sasaran militan Negara Islam (IS) sejak 16 September lalu.<br /><br />Menurut pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria, seramai 481 terkorban, manakala 313 orang tentera Kurdis terbunuh dalam pertempuran bagi mempertahankan kawasan itu.<br /><br />Jumlah tersebut bagaimanapun tidak termasuk anggota IS yang hilang dalam serangan udara yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya.
