Seorang doktor yang baru sahaja kembali ke New York dari Afrika Barat didapati positif dalam ujian Ebola, lapor akhbar New York Times hari ini.<br /><br />Dr Craig Spencer bertugas bagi sebuah pertubuhan kemanusiaan, 'Doctors Without Borders' di Guinea, iaitu salah satu daripada tiga negara Afrika Barat yang paling teruk dijangkiti Ebola.<br /><br />Wabak Ebola yang mula tercetus di benua Afrika sejak awal tahun ini telah mengaut 4800 nyawa sehingga kini.
