Bekas diplomat Muhammad Rizalman Ismail yang berdepan dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita New Zealand, dijadual dihantar kembali ke negara itu Jumaat ini.

Beliau dijadual berlepas daripada Kuala Lumpur pada malam Jumaat dan dijangka sampai ke New Zealand pada pagi Sabtu.

Menurut stuff.co.nz anak syarikat Fairfax Media, Rizalman akan ditemani polis negara kiwi itu dalam pesawat yang dinaikinya.

Beliau akan berdepan pertuduhan terhadapnya di mahkamah selepas pulang ke Malaysia lima bulan lalu.

Atase tentera di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand itu didakwa membuat serangan seksual terhadap gadis tempatan 22 tahun, Tania Billingsley, selepas memecah masuk rumahnya.

Rizalman pada 22 Mei kembali ke Malaysia menggunakan kekebalan diplomatik.