Kanada telah dikejutkan dengan kejadian tembak-menembak yang mana telah berlaku di dalam bangunan parlimen.

Penembak yang dikenalpasti sebagai Michael Zehaf-Bibeau telah ditembak mati oleh polis selepas dia membunuh seorang askar yang bertugas sebagai pengawal di bangunan itu.

Siasatan awal menunjukkan bahawa Michael merupakan seorang mualaf yang telah disenarai-hitamkan oleh pihak berkuasa Kanada sebagai individu berbahaya sebelum kejadian itu berlaku.

Visual yang dirakam oleh media asing menunjukkan suasana mendebar di dalam parlimen semasa kejadian. Anggota-anggota polis kelihatan masuk ke bangunan parlimen secara berhati-hati dan beberapa das tembakan kedengaran.

Kejadian ini berlaku beberapa jam selepas pihak berkuasa Kanada meningkatkan tahap ancaman keganasan negara tersebut berikutan Parlimen Kanada meluluskan keputusan untuk menyokong tindakan serangan udara kuasa-kuasa antarabangsa terhadap kumpulan IS di Syria dan Iraq.

Menurut laporan BBC, Kanada sekarang berada dalam keadaan berjaga-jaga