Indonesia semalam melantik Joko Widodo sebagai Presiden baru untuk memimpin negara berpenduduk 250 juta orang itu dalam satu istiadat di Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), badan perundangan tertinggi negara itu.<br /><br />Pada ucapan pertamanya di MPR selepas mengangkat sumpah, presiden ketujuh republik itu berjanji dan menyatakan ikrar untuk bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa dalam setiap usaha bagi mengekalkan keamanan dan kedamaian dunia.
