Beberapa NGO masyarakat sivil dan Majlis Peguam hari ini mencadangkan agar speaker Dewan Rakyat dipilih oleh anggota Parlimen sendiri dan bukannya dilantik oleh satu pihak sahaja.<br /><br />Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah berkata hal itu penting bagi Parlimen mempunyai speaker yang tidak berpihak atau digunakan oleh pihak majoriti yang memenangi pilihan raya sahaja.
