Kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk menyeragamkan kenaikan gred Malaysian University English Test (MUET) bagi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diperluaskan ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).<br /><br />Bagaimanapun, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika ini kementeriannya hanya memberi fokus kepada persediaan pelaksanaan di peringkat IPTA, iaitu bermula tahun depan.