Polis Hong Kong terpaksa menggunakan kekerasan dan melepaskan semburan lada dalam menghadapi penunjuk perasaan pro-demokrasi yang terus berdegil enggan membenarkan pihak berkuasa mengalihkan penghadang yang mereka dirikan.<br /><br />Polis dilaporkan menggunakan belantan dalam tindakan mereka ke atas penunjuk perasaan itu yang cuba berterusan mengepung jalan raya menuju ke bangunan ibu pejabat kerajaan.<br /><br />Keganasan itu adalah antara yang terburuk sejak perhimpunan pelajar yang disokong orang ramai bagi mendesak Beijing supaya memberi hak sepenuhnya untuk menentukan pemimpin di Hong Kong dalam pilihan raya 2017.