Turki menafikan kenyataan pegawai Amerika Syarikat yang mendakwa negara itu membenarkan Washington menggunakan pangkalan tentera udaranya bagi membantu misi antarabangsa memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS).<br /><br />Menurut seorang jurucakap kerajaan tiada perjanjian baru berhubung penggunaan pangkalan udara Incirlik di selatan Turki, di mana Amerika buat masa ini sudahpun menggunakannya bagi tujuan kemanusiaan dan logistik.
