Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan tidak mendakwa Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung ancamannya untuk membakar Bible bahasa Melayu kerana beliau "hanya mempertahankan kesucian agama Islam".<br /><br />Katanya, ajaran Islam tidak membenarkan perbuatan mengancam dan menindas agama lain dan keputusan kerajaan hanya mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab BN dan Umno.
