Militan Negara Islam (IS) bertempur dengan tentera Kurdis dengan kereta kebal dan meriam ketika ia mara ke bandar Kobani di Syria.

Jawatankuasa Koordinasi Tempatan dan Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata pertempuran itu berlaku beberapa jam selepas militan IS itu menaikkan dua bendera hitamnya di pinggir bandar sebelum mara ke Kobani.

Menurut seorang jurucakap badan pemantau, kedua-duam pihak bertempur di dalam kawasan bandar manakala ratusan orang awam melarikan diri.

Katanya, IS menguasai tiga kawasan di bahagian timur Kobani dan cuba memasuki kawasan di barat daya.

Menurutnya, pusat bandar berkenaan masih lagi berada di tangan Kurdis.

Sejak memulakan serangan pada pertengahan bulan lalu, kumpulan IS merempuh satu demi satu pekan bagi menuju kawasan sasaran utamanya iaitu bandar Kobani, yang juga dikenali sebagai Ayn Arab.

Serangan itu menyebabkan kira-kira 160,000 rakyat Syria melarikan diri.

Ini memberi tekanan kepada tentera Kurdis, yang berusaha keras untuk cuba mempertahankan Syria daripada kumpulan ekstremis itu.

Mereka hanya mendapat bantuan terhad melalui serangan udara yang diketuai Amerika Syarikat.