Taufan Phanfone yang membawa hujan lebat melanda Jepun mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang tentera Amerika Syarikat terbunuh, manakala dua lagi rakannya hilang.<br /><br />Taufan itu pada masa sama memaksa pembatalan 600 penerbangan domestik dan 19 antarabangsa serta menimbulkan amaran kepada lebih 200,000 penduduk supaya mengosongkan kediaman masing-masing sebelum mengubah haluannya ke arah laut.
