Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Hamzah Zainuddin hari ini menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan menganggap Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria sebagai kumpulan pengganas.<br /><br />Menjawab soalan bertulis dari ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, katanya kerajaan juga tidak mengiktiraf sama sekali sebarang bentuk bantuan kepada kumpulan militan itu.