Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen menganggap keputusan kerajaan yang mahu meminda Rang Undang-undang (RUU) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan tidak mengandungi cadangan mewujudkan panel pelaburan sebagai kemenangan kepada rakyat.<br /><br />Katanya, beliau amat gembira dengan keputusan berkenaan kerana sebelum ini jika rang undang-undang itu jika diluluskan, menteri kewangan mempunyai kuasa untuk menggunakan kutipan cukai tahunan sebanyak RM140 bilion sewenang-wenangnya.