Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan Dewan Rakyat bahawa setakat hari ini pihak berkuasa belum memastikan bahawa kebocoran soalan peperiksaan UPSR baru-baru ini adalah perbuatan sabotaj ataupun sebaliknya.<br /><br />Menjawab soalan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang yang berkata ia mungkin perbuatan Umno, katanya, perkara itu juga mungkin tindakan DAP tetapi memberi jaminan bahawa ia masih dalam siasatan.
