Presiden Turki, Tayyip Erdogan berikrar mahu memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS) dan kumpulan pengganas lain di rantau berkenaan.

Bagaimanapun Erdogan menetapkan sasaran utamanya ialah untuk memastikan Presiden Syria, Bashar al-Assad dijatuhkan terlebih dahulu.

Katanya, Turki akan berjuang secara lebih efektif ke atas militan IS dan semua organisasi pengganas di rantau itu.

Beliau juga berikrar akan meneruskan matlamat utama untuk menghapuskan regim Syria.
Menurut Erdogan, tindakannya itu bagi membantu melindungi kedaulatan Syria dan menyuburkan kembali undang-undang, parlimen, sistem kerajaan yang merangkumi semua rakyat