Sekurang-kurangnya 40 anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) dan 17 anggota pasukan keselamatan terkorban semalam.

Kejadian berlaku dalam dua pertempuran yang berasingan di dua buah bandar di Iraq.

Pada kejadian pertama, tujuh anggota polis dan empat tentera terbunuh ketika bertempur dengan IS di ibu pejabat polis di bandar Heet.

Manakala pada kejadian kedua, sekurang-kurangnya enam anggota tentera persekutuan terkorban ketika bertempur di pangkalan tentera di Ramadi.

Seorang pegawai atasan berkata, sekurang-kurangnya 20 anggota IS terkorban dalam setiap pertempuran.

Dalam perkembangan berkaitan, Britain mengumumkan akan menghantar dua lagi jet pejuang untuk menyertai serangan udara terhadap militan IS di Iraq.

Perdana Menteri, David Cameron berkata dengan tambahan itu akan menjadikan jumlah pesawat yang dihantar setakat ini menjadi lapan.

Cameron membuat pengumuman itu ketika lawatannya ke pangkalan Tentera Udara Diraja (RAF) Britain di Akrotiri, Cyprus dengan berkata, ketika ini enam pesawat Tornados GR4 sudah berada di Iraq.

Dua lagi pesawat tambahan itu katanya akan tiba hari ini.