Kesatuan Eropah (EU) menyatakan kebimbangan mereka terhadap situasi semasa yang berlaku di Hong Kong.

Menurut jurucakap Perkhidmatan Diplomatik EU, beliau berharap semua pihak termasuk penunjuk perasaan supaya bertenang.

Katanya, EU akan sentiasa memantau situasi semasa di sana.

Dalam perkembangan terbaharu, pihak berkuasa Hong Kong menggesa supaya penunjuk perasaan bersurai 'dengan segera' atau bakal ditembak dengan gas pemedih mata dan peluru getah.

Dalam pada itu, pelajar yang terbabit dengan demonstrasi sejak Ahad lalu juga bersetuju berunding dengan kerajaan tetapi berikrar tidak akan berganjak selagi pemimpin Hong Kong tidak berundur.