Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan barisan anggota exco baru Selangor bakal mengusulkan untuk mengkaji kenaikan elaun yang dinaikkan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara kontroversi tahun lalu.<br /><br />Bagaimanapun kata Azmin, kajian itu hanya membabitkan empat jawatan tertinggi iaitu jawatannya, exco, speaker serta timbalan speaker dewan undangan negeri.