Badan kehakiman diselar kerana tidak menghentikan tindakan kerajaan daripada dakwaan “menghukum” aktivis Ali Abd Jalil dengan tangkapan berulang kali.<br /><br />Ali ditahan untuk kali keempat Jumaat lalu selepas dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru selepas polis memperoleh tambahan reman tiga hari.<br /><br />Sehubungan itu juga sebuah flashmob diadakan di Masjid Jamek, Kuala Lumpur petang semalam, bagi mendesak pembebasan Ali yang berdepan pertuduhan mengkritik sultan.