Tinjauan Kinitv mendapati kesesakan luar biasa di stesen minyak sekitar Lembah Klang sejak petang semalam, berikutan pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel.<br /><br />Semalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan bahawa subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini.<br /><br />Sehubungan itu harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.