Menteri Besar Selangor Azmin Ali menganggap isu perlantikan exco kerajaan negeri sudah selesai dengan pengagihan tiga kerusi kepada PAS.<br /><br />Diminta mengulas kenyataan PAS Selangor bahawa parti itu tidak pernah bersetuju kerusi exco miliknya dikurangkan, Azmin berkata, mereka perlu menghormati pimpinan tertinggi PAS yang memberikan persetujuan berkenaan.
