Istana Selangor mendakwa kelewatan pelantikan menteri besar Selangor adalah disebabkan pergolakan dalaman PKR dan ketidaksefahaman Pakatan Rakyat dalam pencalonan menteri besar.<br /><br />Dalam satu kenyataan, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata, keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos untuk mencalonkan lebih daripada dua nama, menyulitkan lagi keadaan.