Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyindir sinis perwakilan Wilayah Persekutuan Azhari Ariffin yang menggunakan doa yang mengecam beliau dan dua ADUN Selangor sewaktu membahas ucapan dasar presiden semalam.<br /><br />Beliau menyifatkan tindakan berdoa itu sebagai satu "taktik baru" yang digunakan sebagai cara untuk perbahasan dalam muktamar kali ini berbanding sebelum ini yang digunakan sebagai mengakhiri dalam demonstrasi.
