Peguam Edmund Bon yang diambil keterangannya oleh polis kesal komennya tentang status fatwa ke atas orang bukan Islam kini disiasat di bawah Akta Hasutan.<br /><br />Bercakap kepada KiniTV pagi tadi selepas memberi keterangan kepada polis, Bon pada mulanya terperanjat apabila dipanggil untuk memberi keterangan.<br /><br />Sementara itu, peguamnya, Amer Hamzah Arshad juga memberikan hujah yang sama dan jelasnya, tidak ada sebarang elemen atau unsur hasutan dalam kenyataan Bon.