Tema kebebasan yang tetapkan dalam penganjuran Freedom Film Fest pada tahun ini membawa lebih banyak filem yang bermutu tinggi dari tahun-tahun sebelumnya. <br /><br />Isu-isu hak asasi manusia yang diangkat dalam filem sama ada filem tempatan atau luar negara seperti dari Jerman, Tibet, Vietnam dan sebagainya banyak memberi kesan emosi kepada penonton yang hadir. <br /><br />Penonton juga berkongsi pengalaman dengan pembuat filem serta individu yang terlibat dalam konflik yang ditayangkan dalam filem tersebut. Sesi perkongsian dan soal jawab diadakan setiap kali selepas tayangan.