Kerajaan Selangor sudah mematerai perjanjian induk atau Master Agreement pengambilalihan perkhidmatan air negeri bersama kerajaan pusat hari ini.<br /><br />Perjanjian itu ditandatangani oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air Datuk Seri Maximus Ongkili di Putrajaya.