Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai tindakan sabotaj terhadap dirinya dan juga Kementerian Pendidikan.<br /><br />Beliau yang kini di Vientiane, Laos, bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Pendidikan ASEAN Kelapan yang bermula hari ini, berkata dirinya amat marah dan dukacita atas kejadian itu.
