Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan memberi amaran bahawa fenomena menggunakan teknologi di media sosial bagi membocorkan rahsia dan memfitnah mampu mengancam gerakan Islam seperti PAS.<br /><br />Apabila diminta mengulas kenyataannya itu selepas ceramahnya di Forum Perdana PAS di Bangi, malam semalam, beliau berkata ia sekadar ingatan umum dan bukannya mensasarkan mana-mana pihak.
