Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata dari segi perundangan Unit Amal parti itu tidak perlu berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau ROS kerana penubuhanya adalah di bawah Dewan Pemuda PAS.<br /><br />Ini katanya tertakluk kepada Perlembagaan PAS Fasa 54 (9) (d) yang berbunyi antara tanggungjawab Pemuda adalah membentuk lajnah atau biro yang difikirkan perlu.
