Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) menyeru polis mengambil tindakan segera berhubung insiden kekasaran terhadap jurugambar ketika membuat liputan ketibaan abu jasad mangsa nahas MH17 di Sungai Besi hari ini.<br /><br />Presiden MPPA, Zainal Abdul Halim berkata kekasaran ke atas jurugambar The New Straits Times Aizuddin Saad amat tidak berperikemanusiaan.<br /><br />Katanya, Aizuddin ditumbuk di muka manakala jurufoto Utusan Malaysia Rushdi Salleh sempat mengelak.
