Beberapa kumpulan NGO alam hari ini mengeluarkan satu laporan yang menyatakan bahawa kilang nadir bumi, Lynas Corp tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Sehubungan itu, NGO berkenaan menggesa supaya kerajaan tidak memberikan Lesen Peringkat Operasi Penuh (FOSL) kepada syarikat perlombongan dari Australia itu.

Laporan setebal 86 muka surat yang bertajuk 'A Radioactive Ruse' itu menekankan beberapa kebimbangan yang berkaitan dengan Lynas Advanced Materials Plant (LAMP).

Untuk muat turun laporan, sila layari: www.report-lynas.org.