Kerajaan Pulau Pinang bersedia ke mahkamah bagi membuktikan keabsahan pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri apabila 152 anggotanya ditahan polis selepas perarakan hari merdeka Ahad lalu.<br /><br />Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat polis Timur Laut di Jalan Pantai, ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, mereka yakin PPS sebuah badan sah.