Sekumpulan 12 NGO mewakili rakyat Selangor hari ini melancarkan gerakan untuk mempertahankan pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga penggalnya berakhir.<br /><br />Mereka mengumumkan akan melakukan pelbagai program termasuk himpunan aman, menghantar memorandum serta acara keagamaan sehingga malam.merdeka untuk menyampaikan mesej mereka kepada semua pihak iaitu dari Istana hingga ke jalan raya.